Monday, October 26, 2020

Resepi Nasi Minyak

Resepi Nasi Minyak 

      
Bahan-bahan

6 cawan beras bathmati (lebih kurang 1 kilo untuk 10 orang dewasa)
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih (2 ulas dikisar, 1 ulas dipotong dadu)
2 cm halia dikisar
Rempah tumisan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
3 sudu besar minyak zaiton




2 sudu besar minyak sapi/lelemak sayuran  (vanaspati)
2 helai daun pandan
Daun pudina
Daun sup
7 cawan air
½ cawan susu isian sejat
Garam
Gula

Langkah-langkah

1.    Rendam beras selama 15-30 minit dan toskan.
2.    Panaskan periuk dan masukkan minyak zaiton dan minyak sapi.  Selepas minyak mencair dan panas, masukkan daun pandan, daun pudina, daun sup dan rempah tumisan.
3.    Tumiskan bawang besar dan bawang putih dipotong dadu.  Masukkan bahan kisaran.
4.    Selepas semua berbau wangi masukkan air.  Kacau sehingga sebati dan biarkan mendidih.
5.    Setelah medidih masukkan susu isian sejat, garam dan gula secukup rasa.  Biarkan mendidih.
6.    Masukkan beras dan kacau seketika sehingga beras mengembang.  Tutup periuk dan biarkan sehingga kering.
7.    Setelah masak kacau nasi menggunakan garpu dan renjiskan air pewarna kuning.
8.    Siap untuk dihidang dengan hiasan daun sup dan bawang goreng.
9.    Boleh dimakan dengan kuah madu berempah, kari ayam tairu, ayam masak merah, ayam tandoori, salad salsa dan lain-lain.



Terima kasih kerana mengunjungi blog ini

No comments:

Post a Comment