Monday, October 26, 2020

Bihun Sup Utara

Bihun Sup Utara 


Bahan-bahan

1 paket bihun2 sudu besar serbuk kunyit
2 biji bawang besar - (1 biji dikisar, 1 biji diracik)
2 ulas bawang putih - dikisar
10 mm halia – dikisar
10 batang cili kering – dikisar
1 sup bunjut
1 bungkus perencah sup
Rempah tumisan (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
Daging siap direbus - taburan
Kacang panjang - taburan
Taugeh - taburan
Tauhu - taburan (dipotong kiub) 



Limau kasturi - taburan
Daun bawang - taburan
Daun sup – taburan
Bawang goreng - taburan
Garam
Gula
Asam jawa
Air
Minyak zaiton



Langkah-langkah Bihun Sup Utara 

Sup
Masukkan bawang putih, halia dan bawang besar yang dikisar rebus bersama daging. Rebus daging sehingga empuk dan air rebusan dijadikan kuah sup.
Tumiskan bawang, rempah tumisan dan perencah sup berasingan. Setelah wangi masukkan semua bahan tumisan ke dalam sup.
Setelah mendidih masukkan garam dan gula sebagai perisa. 

Bihun
Rendam bihun dengan serbuk kunyit untuk selama 30 minit. Rebus bihun sehingga lembut.
Setelah lembut, toskan bihun. 

Sambal
Tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Masukkan garam, gula dan air asam jawa ke dalam tumisan.
Biarkan mendidih dan panaskan sehingga pekat.
Ketepikan. 


Hidangan Bihun Sup Utara 

Isikan bihun ke dalam mangkuk.
Sendukkan sup ke dalam mangkuk tersebut.
Taburkan bahan hiasan dan sambal.


Terima kasih kerana mengunjungi blog ini

No comments:

Post a Comment