Monday, October 26, 2020

Spicy Mix Aglio Olio

Spicy Mix Aglio Olio 


Bahan-bahan

150 - 200 gram spaghetti
3 ulas bawang putih dimayang
1 biji bawang holland dimayang kiub
1 batang cili padi dimayang kasar (boleh juga diguna capsicum berbagai warna)
Isi ayam atau daging yang dipotong kecil/kiub (boleh juga guna seafood)
3-4 sudu besar minyak zaiton
1 sudu teh serbuk kasar lada hitam
1 sudu teh kepingan cili
Udang
Sotong



Kepingan ayam digoreng rangup
Garam
Gula
Bawang goreng
Daun sop untuk hiasan.

Langkah-langkah
Rebus spaghetti mengikut arahan dipembungkus.
Panaskan minyak zaiton dalam kuali dan tumiskan bawang putih, bawang hollland dan cili padi sehingga naik bau.

Masukkan isi ayam, serbuk lada hitam, kepingan cili dan digaul rata.
Masukkan udang dan sotong, digaul dan dibiarkan sehingga masak.
Setelah masak perisakan dengan garam dan gula.
Tos spaghetti dan masukkan ke dalam bahan yang ditumis dan digaul rata dan sebati.
Hidangkan semasa panas.  Hiaskan dengan kepingan ayam yang telah digoreng rangup, bawang goreng dan daun sop.



Terima Kasih kerana mengunjungi blog ini

No comments:

Post a Comment